BIARLAH salamku hilang dibawa angin.Yang pasti aku,aku akan lepaskan segala jarah duka menjadi jiwa hamba yang medeka.Pasakku belum terbuang walau pernah dibelenggu duka.Cuma ad puing yang roboh,meminta kisi-kisinya dibina kembali dengan kewajaran.Justeru,aku akan mengambil yang wajar dalam menampung keruntuhan.Mengambil pengajaran dan azimat semampu mungkin dari bumi Teluk Intan (Perak) sebelum pulang dari dagang.Bukankah dahulu pernah aku sebut,bahawa aku anak dagang?!
'Bagiku hidup adalah cerita,sepanjang perjalanannyapunya harga.Pantas aku harus pungut apa yang bernilai.Biar jadi pakaian .sama ada selepas aku pulang ke Kuala Lumpur.Atau aku masih di sini.Hidup adalah cerita yang perlu aku kutip nilai dan harganya.'
Benar,ia sama sahaja.Di sini, buminya masih melirih pasir kusar ,debunya masih pijar dan anginya tetap membusung rona yang berjajar.Dengan dua kaki kerdil aku tegak kepadanya,melewati bingkai mayapada hingga masa mendugas pergi .Kini,aku sudah lewati kehidupan dari jendela Teluk Intan selama hampir empat tahun.Bumi Teluk Intan yang gersang dan tandus.Dengan ketandusan itu aku pelajari erti kekurangan hidup.lalu cuba bangkit berdiri dan memahami hakikat sebagai insan.
Soal susah,soal payah,itu lumrah.Berbanding yang hidup di bumi sendiri,ia jauh lebih baikandai dibandingkan menjadi anak rantau seperti aku.Kenapa? Kerana merantau beerti membawa diri.Susah sakit tanggung sendiri.Menangis dan berduka,ketawa dan ceria,rasai sendiri.Andai mati sekalipun,belum pasti sanak saudara yang sempat menziarahi pusara.Sedih bukan?Sesedih mana pun,ia tetap harus ditelan sendiri.Hingga pepatah menyebut,'Hujan emas di negeri orang,hujan perak di negeri sendiri.'
Aku pernah merintih,waktu rasa diri jauh terpisah dari keluarga.Aku pernah berduka,waktu jasad ditimpa sakit.Hatiku pernah menderita ,waktu diuji oleh kesetiaan dan badai cinta kuat menderu.
Saturday, 19 February 2011
DI SINI AKU KENAL ERTI KEHIDUPAN
Posted by Rose Roslan at 22:12 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
