BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 11 November 2011

RM 100.00

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Hai...
Semalam hari yang paling rugi sekali sebab semalam semua murid dapat duit RM 100.00 kerajaan bagi..huhu...
Ruginya tak pergi semalam....kalau dapat boleh beli buku rujukan SPM nanti...isnin ni nak datang sekolah la..
Mudah-mudahan dapat la duit tu..hehe
Tetapi macam mana nak datang sekolah kalau isnin tu dah start SPM...
Hmmm...tak apala datang jela sebab minggu tu last sekolah.. =)

Sekian .

Monday, 7 November 2011

Sakit hati


Assalamualaikum...dan selamat sejahtera... =D
Dah lama dah tak update blog ni...hehe

Aku nak cerita something ni..
Dah lama aku pendam...
Masa hari penghantaran buku teks..
kawan2 aku layan aku macam nak tak nak je..
diorang kalau susah cari aku....kalau senang diorang lupakan aku...
geram betul aku dibuatnya....
sekarang aku dah tahu siapa kawan...siapa lawan...
tengoklah sekarang ada nak message aku ke call aku ke...TAK LANGSUNG!!!!!
Betul cakap adik aku...kawan yang aku berkawan sekarang ni akan tinggalkan aku...lupakan aku...
Tetapi sekarang aku dah tak kisah....aku masih lagi ramai kawan...bukan diorang je....sekarang aku dah tahu erti kawan tu apa.....

Friday, 26 August 2011

Balik Kampung!!!

Assalamualaikum,,,dan selamat sejahtera..

Hai..
Dah lama tak update blog ni...hehehe

Nak bagi tahu ni yg esok aku nak BALIK KAMPUNG!!!!!!!!!!
Bestnya,,,,,,,,
Tak sabar-sabar nk balik kampung...

Malam ni kalau ayah aku balik awal....bolehlah beli baju T-shirt dan baju kurung....hahah....rasa lambat sikit nak beli....

Abang saudara aku ada bagi tahu yang tahun ni dia dan isterinya raya dekat  kampungku,,Teluk Intan,Perak...
Bolehlah jumpa anak dia,,Ashraf...hehe...

Sekian .

Thursday, 4 August 2011

Bertugas

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...

Semalam aku bertugas sebagai praktikal dekat Pusat Sumber..
Best sangat....dapat pengalaman yang baru...

Harap2 minggu depan lebih bagus daripada ni...

AMIN~ :D

Sekian .

Saturday, 30 July 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH 2

KETIKA CINTA BERTASBIH

Friday, 29 July 2011

PSS

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera...


Hari ini ada BERITA gembira sekali...


Akhirnya.....


Aku dapat jadi PENGAWAS PUSAT SUMBER!!!!!!!!!!!!!!
Ya ALLAH...masa tu hatiku sungguh gembira sekali....apabila dipanggil oleh seorang pengawas disiplin..aku ingatkn dia panggil aku sebab aku ada buat salah...tetapi tidak...


Lega hati aku.. :D


aku gembira sangat..esok ada bengkel dekat perpustakaan..mesti ada program di sana...mudah-mudahan apa yang dirancang esok menjadi...AMIN~


Sekian.

Thursday, 28 July 2011

Ramadhan....

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera...

Lagi 3 hari menjelang Ramadhan...
Aku tidak sabar-sabar hendak berpuasa...tetapi mudah-mudahan tahun ini aku berpuasa penuh la... :)



Sekian.

Saturday, 23 July 2011

Penat

Kenapalah diriku ini merasai kepenatan sahaja....kepenatan kali lain sangat...aku nak demam ke..??Ya ALLAH...aku redha atas ujian yang engkau berikan kepadaku...Ya ALLAH...


Penat sangat....


Sambil aku rasa hendak sakit,sambil itu hujan pada hari ini....tetapi tidak apa...ini hujan Rahmat dari ALLAH S.A.W....


Sekian.

Friday, 15 July 2011

KaWaD kAkI sEkOlAh....

Mase ni tengah kawad kaki sekolah.....punya beruniform PBSM.....mase ni lah masa yg paling aku suka sekali...kawad kaki bersama kakak2 senior...tapi tak menang.....dapat No. 5.....hahaha...dahsyat kan...tapi ok la janji ada pengalaman berkawad...tahun depankan  ada.. :)

Hari yang malang... :(

Kenapalah hari ni hari yang malang...aku jadi tak ada mood je..aku asyik nak menangis je...tak rasa nak happy pon.....nk makan pon tak ada selara...hmm...hari ni juga aku tak sihat.....dekat leher aku pon sakit ni...nama  penyakit ni adalah BEGUK....aku dah lama tak kena penyakit ni...masa kecil2 dulu pernah kena la...hmm....nak rehat dulu la...

Thursday, 2 June 2011

QUIST CUSTODIET INVICT SOLIS

Akulah angsa yang terbang ke syurga
mngintai di sebalik daun awan 
memerhati manusia dalam rakus menelanjangi
bumi
merompak hartanya memperkosa 
khazanahnya membunuh isinya
lalu dalam kerdilku aku menangis 
aku cari tuhan aku jelajahi semua rumah 
ibadat - dari masjid hingga synogue
memanjat seribu doa memohon seribu
permintaan
manusia menangis di dalamnya
orang menangiskan takutkan neraka
orang menangiskan mimpikan syurga
sedikit yang menangis mencari tuhan
sedikit yang menangis bimbangkan milik
tuhan 
lalu tuhan mengutus aku
akulah kuda perang berlari kencang dari
suralaya

menjadi wilmana mengusung panji yuda
memenggal kepala sang perkosa
menghantar mereka ke neraka
tanpa kepala meraka sesat dalam kegelapan!

Saturday, 19 February 2011

DI SINI AKU KENAL ERTI KEHIDUPAN

BIARLAH salamku hilang dibawa angin.Yang pasti aku,aku akan lepaskan segala jarah duka menjadi jiwa hamba yang medeka.Pasakku belum terbuang walau pernah dibelenggu duka.Cuma ad puing yang roboh,meminta kisi-kisinya dibina kembali dengan kewajaran.Justeru,aku akan mengambil yang wajar dalam menampung keruntuhan.Mengambil pengajaran dan azimat semampu mungkin dari bumi Teluk Intan (Perak) sebelum pulang dari dagang.Bukankah dahulu pernah aku sebut,bahawa aku anak dagang?!

'Bagiku hidup adalah cerita,sepanjang perjalanannyapunya harga.Pantas aku harus pungut apa yang bernilai.Biar jadi pakaian .sama ada selepas aku pulang ke Kuala Lumpur.Atau aku masih di sini.Hidup adalah cerita yang perlu aku kutip nilai dan harganya.'

Benar,ia sama sahaja.Di sini, buminya masih melirih pasir kusar ,debunya masih pijar dan anginya tetap membusung rona yang berjajar.Dengan dua kaki kerdil aku tegak kepadanya,melewati bingkai mayapada hingga masa mendugas pergi .Kini,aku sudah lewati kehidupan dari jendela Teluk Intan selama hampir empat tahun.Bumi Teluk Intan yang gersang dan tandus.Dengan ketandusan itu aku pelajari erti kekurangan hidup.lalu cuba bangkit berdiri dan memahami hakikat sebagai insan.

Soal susah,soal payah,itu lumrah.Berbanding yang hidup di bumi sendiri,ia jauh lebih baikandai dibandingkan menjadi anak rantau seperti aku.Kenapa? Kerana merantau beerti membawa diri.Susah sakit tanggung sendiri.Menangis dan berduka,ketawa dan ceria,rasai sendiri.Andai mati sekalipun,belum pasti sanak saudara yang sempat menziarahi pusara.Sedih bukan?Sesedih mana pun,ia tetap harus ditelan sendiri.Hingga pepatah menyebut,'Hujan emas di negeri orang,hujan perak di negeri sendiri.'

Aku pernah merintih,waktu rasa diri jauh terpisah dari keluarga.Aku pernah berduka,waktu jasad ditimpa sakit.Hatiku pernah menderita ,waktu diuji oleh kesetiaan dan badai cinta kuat menderu.